Keperluan Air Bersih

Umum menyedari bahawa air paip yang keluar melalui pili di rumah kita pada hari ini tidaklah 100% bersih. Walaupun air tersebut telah terlebih dahulu ditapis, diproses dan dirawat sebelum disalurkan ke rumah kita, ia tidak menjamin kebersihan air yang kita minum. Sistem saluran paip yang telah lama, akan menghasilkan karat dan keladak yang seterusnya menyebabkan air yang telah diproses ini tercemar kualitinya. Ditambah lagi dengan berita mengenai sungai-sungai yang menjadi sumber bekalan air yang tercemar, meningkatkan rasa curiga serta was-was terhadap kualiti air yang kita minum.

Sebahagian besar daripada kita juga mengetahui bahawa klorin digunakan di dalam proses perawatan air paip untuk membunuh mikrob dan organisma hidup di dalam air bagi memastikan air yang dibekalkan ke rumah kita bebas daripada bakteria pembawa penyakit. Walau bagaimanapun untuk jangka masa yang panjang klorin itu sendiri boleh memudaratkan manusia. Kesannya adalah secara perlahan-lahan dan tanpa kita sedari. Badan manusia mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk merasai kesan buruk klorin dan pada masa tersebut mungkin sudah terlambat untuk kita bertindak.
Sebagaimana ia mampu membunuh bakteria dan ikan di dalam akuarium, ia juga mampu merosakkan dan mematikan sel-sel di dalam tubuh badan manusia secara perlahan-lahan. Klorin juga boleh bertindak-balas dengan asid humik dan menghasilkan sejenis sebatian kimia — klorofom yang boleh menyebabkan barah. Hasil sampingan klorin iaitu karsinogenik (penyebab barah) akan terhasil apabila klorin bertindak balas dengan sebatian organik di dalam air. Ia boleh memberikan kesan yang buruk kepada tubuh kita untuk jangka masa panjang kerana seperti yang kita tahu, 70% daripada kandungan tubuh kita adalah terdiri daripada air.
Selain itu, air paip yang kita guna juga tidak mustahil boleh terdedah kepada elemen-elemen yang tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya semasa proses perawatan di loji pembersihan air seperti arsenik, logam berat seperti raksa dan plumbum, amonia (cth. daripada najis khinzir) dan sisa buangan kilang, racun rumpai serta racun serangga dan sebagainya lagi. 

Walaupun mempunyai kesan sampingan, penggunaan klorin adalah cara termurah untuk perawatan air umum buat masa ini bagi memastikan air yang dibekalkan bebas daripada bakteria pembawa wabak penyakit. Jika anda mempunyai lebih kesedaran untuk meminum air yang lebih sihat, bersih dan berkualiti serta untuk memberikan lebih jaminan kesihatan untuk anda sekeluarga untuk hari ini dan tahun-tahun mendatang, anda harus mengeluarkan sedikit belanja untuk perawatan tambahan air di rumah.

 

CIRI-CIRI AIR HIDUP (AIR BERSIH & BAIK UNTUK DIMINUM)

  • Bebas daripada Pencemaran Bakteria dan Bahan Kimia — Air hidup mampu mencegah pembiakan organisma-organisma mikro penyebab penyakit dan bebas dari bahan kimia seperti klorin.
  • Bermineral — Air hidup mempunyai zat-zat mineral dan mengandungi unsur-unsur surih dalam bentuk yang paling mudah diserap dan sedia digunakan oleh sel-sel badan.
  • Berakali — Air hidup mempunyai pH beralkali untuk menyokong keseimbangan bendalir dalam badan. Keserasian ini sangat penting untuk memastikan badan dapat berfungsi pada tahap optimum.
  • Saiz Molekul yang Kecil — Satu cara untuk mengukur saiz kelompok molekul ialah menggunakan Teknologi Getaran Magnetik Nuklear (NMR). Air hidup mempunyai saiz kelompok molekul yang lebih kecil dengan bacaaan NMR di bawah 50 Hz. Air biasa seperti air paip dan air suling mempunyai bacaan sekitar 128 Hz dan air mineral sekitar 95 Hz. Semakin kecil bacaan NMR, semakin kecil saiz kelompok-kelompok molekulnya. Air berkelompok besar terpaksa diuja oleh sel-sel badan sebelum ia dapat diserap dan digunakan untuk fungsi sel. Apabila usia kita meningkat atau sakit, keupayaan sel-sel menjalankan fungsi ini akan menurun.

  • Beroksigen — Air hidup kaya dengan oksigen yang boleh digunakan terus oleh sel-sel.
  • Potensi Mengurangkan Pengoksidaan — Air hidup mempunyai keupayaan untuk menyingkirkan oksigen aktif dan meningkatkan keimunan badan.
  • Mampu Diaktifkan dengan Tenaga yang Penting — Air hidup bergema dengan getaran penuh bertenaga dalam badan untuk mengekalkan kuasa dalam badan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>