|
|
|
|
PRODUK IMTIYAAZ
PENAPIS IMTIYAAZ

Ciri-ciri AIR yang BAIK.
* Bebas daripada Pencemaran Bakteria dan Bahan Kimia --- Air
hidup mampu mencegah pembiakan organisma-organisma mikro penyebab
penyakit dan bebas dari bahan kimia seperti klorin.
* Bermineral --- Air hidup mempunyai zat-zat mineral dan
mengandungi unsur-unsur surih dalam bentuk yang paling mudah diserap
dan sedia digunakan oleh sel-sel badan.
* Berakali --- Air hidup mempunyai pH beralkali untuk
menyokong keseimbangan bendalir dalam badan. Keserasian ini sangat
penting untuk memastikan badan dapat berfungsi pada tahap optimum.
* Saiz Molekul yang Kecil --- Satu cara untuk mengukur saiz
kelompok molekul ialah menggunakan Teknologi Getaran Magnetik
Nuklear (NMR). Air hidup mempunyai saiz kelompok molekul yang lebih
kecil dengan bacaaan NMR di bawah 50 Hz. Air biasa seperti air paip
dan air suling mempunyai bacaan sekitar 128 Hz dan air mineral
sekitar 95 Hz. Semakin kecil bacaan NMR, semakin kecil saiz
kelompok-kelompok molekulnya. Air berkelompok besar terpaksa diuja
oleh sel-sel badan sebelum ia dapat diserap dan digunakan untuk
fungsi sel. Apabila usia kita meningkat atau sakit, keupayaan
sel-sel menjalankan fungsi ini akan menurun.
* Beroksigen --- Air hidup kaya dengan oksigen yang boleh
digunakan terus oleh sel-sel.
* Potensi Mengurangkan Pengoksidaan --- Air hidup mempunyai
keupayaan untuk menyingkirkan oksigen aktif dan meningkatkan
keimunan badan.
* Mampu Diaktifkan dengan Tenaga yang Penting --- Air hidup
bergema dengan getaran penuh bertenaga dalam badan untuk mengekalkan
kuasa dalam badan.
Ciri-ciri hebat
rawatan air bersama penapis Imtiyaaz
AIR bukan sahaja bagi menghilangkan
dahaga malah penting untuk meningkatkan tahap kesihatan anda khasnya
air yang beralkali tinggi. Tubuh yang sihat memerlukan darah yang
bersih dengan tahap pH sekurang-kurangnya 7.36 (alkali). Air
Imtiyaaz dengan bacaan pH 9.7 amat sesuai bagi merawat pelbagai
jenis penyakit dengan mengurangkan keasidan dalam darah. Kandungan
oksigen yang tinggi juga mampu mencegah kanser. Amat sesuai untuk
penghidap darah tinggi, kencing manis, gout, kembung perut, gastrik
dan lain-lain penyakit yang berkaitan dengan kekotoran dalam darah.
Antara manfaat
daripada kaedah rawatan air berteknologi NANO adalah:
- Menghasilkan komponen bersifat
nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan
sel-sel badan yang sihat.
- Kandungan bio-tenaga yang
berganda, meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh badan.
- Molekul yang bersaiz nano
menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrien.
- Membekalkan bahan-bahan
mineral dan nutrien untuk keperluan kesihatan tubuh.
- Sistem penapisan air yang
lebih efektif menghapuskan unsur-unsur toksin, bakteria, klorin
dan logam berat supaya air selamat diminum.
- Menghilang bau yang tidak
menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum.
- Kualiti air bertenaga
meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah dan
memperkuatkan sistem imunisasi badan.
- Nilai pH yang beralkali tinggi
sesuai dengan keperluan badan. Amalan meminum air Imtiyaaz dapat
memberikan kesan terapi terhadap susuk badan yang berasid.
- Menjamin kecantikan dan
kehalusan kulit serta kesegaran makanan.
TABUNG PENAPIS IMTIYAAZ

TABUNG PRE (LUAR) - Penapis Sedimen
PP
-Langkah pertama untuk menangkis karat, habuk, tanah, sisa-sisa
tercemar, klorin dan sebagainya.Cadangan penukaran: 3 hingga 6 bulan
bergantung kepada keadaan air paip.
TABUNG A – Karbon yang diaktifkan dengan Granular NSF + KDF-55
-Untuk menyerap bahan seperti bau, rasa, besi berat, klorin yang
berlebihan, dan bahan pencemar yang lain.Cadangan penukaran: 12
bulan bergantung kepada keadaan air paip.
TABUNG B – Blok Karbon Aktif
-Untuk menyerap warna, bau, sisa-sisa toksik (klorin, trihalometana,
bahan kimia organik) dan radioaktif. Cadangan penukaran: 18 bulan
bergantung kepada keadaan air paip.
TABUNG C – Penapis Tenaga Optimum
-Mengandungi lebih daripada 10 jenis mineral dan ion negatif yang
diperlukan untuk badan manusia.
-Memperbaiki nilai pH air mendekati kealkalian.
-Mempunyai kesan anti-oksida.
-Memecahkan molekul air kepada pecahan kecil untuk penyerapan lebih
baik dan memperbanyakkan kandungan oksigen dalam air.
Cadangan penukaran : 5 tahun bergantung kepada keadaan air paip.
TABUNG D - Blok Karbon Aktif Nano Perak
Menggunakan teknologi Nano dari Jepun yang dapat mengelak
pertumbuhan bakteria secara berkesan. Membantu menangkiskan bahan
kimia yang bahaya, sisa-sisa radioaktif dan besi berat (aluminium,
merkuri dan sebagainya) yang mengancam kesihatan kita. Cadangan
penukaran: 24 bulan bergantung kepada keadaan air paip.

|
|
|
 |
Penaja :
Nama : Administrator
No. HP :
|
|
|
|
sanirwan
(13) |
|
imityaaz
(9) |
|
roslan
(4) |
|
AbdAziz
(4) |
|
zhan
(4) |
|
rahmat
(4) |
|
nursham
(4) |
|
dinaremas
(3) |
|
muhaini
(3) |
|
muhammad
(3) |
|
|

|
|
|
|
|